Khamis, 8 November 2012

[Tutorial] Cara Mendapatkan Windows 8 Ori (Versi UIA)

Disclaimer: Harap Maklum. Mulai saat ini, pemilik blog ini tidak menyediakan khidmat perkongsian ISO Windows 8 disebabkan sibuk dengan sesi klinikal. Sila muat turun sendiri.

[Apa itu Windows 8?] Kredit: Amanz.my


Untuk pelajar uia, anda seharusnya beruntung kerana pihak uia sudi bekerjasama dengan pihak Microsoft untuk mendapatkan akses kepada OS Windows secara percuma. 

Aku pun dah pakai sejak zaman Windows 7 lagi, dan kini masuk zaman Windows 8. Jadi, benda dah percuma, kena lah hargai bukan? Sampai bila lagi nak pakai pirate kalau yang ori lagi free dah ada depan mata?

Untuk tutorial yang tak seberapa ini, aku guna versi Windows 8 Pro 64-bit. Mohon rujuk di internet untuk kesesuaian versi Windows 32-bit atau 64-bit mengikut spesifikasi laptop/PC anda. 

Untuk kejelasan gambar yang nyata, sila klik pada gambar untuk tumbesaran..

Cara-cara Membeli dan Memuat Turun Windows 8


1. Anda perlu pergi ke laman myiium dan dapatkan alamat akaun live anda. Kemudian, pergi ke laman Live.com livemail.iium.edu.my dan daftar masuk menggunakan alamat emel anda yang berakhiran dengan @live.iium.edu.my itu. (Contoh: nama.anda@live.iium.edu.my). 

Secara lalai (default), password anda ialah iiumxxxxxxxxxxxx yang mana huruf x yang banyak-banyak itu ialah nombor kad pengenalan anda.


2. Kemudian, dalam emel live itu, sila cari emel yang bertajuk Welcome to MSDN Academic Allience.


3. Skrol ke bawah sampai jumpa username dan password untuk akses ke laman DreamSpark.


4. Klik link untuk ke laman web [DreamSpark]. Gunakan username (alamat emel anda) dan kata laluan yang diberi dalam emel sebelum ni. 


5. Sekarang, anda dah berada dalam laman web DreamSpark. Cari pautan Windows 8. Atau bagi sesiapa yang nak cuba sebab taknak cuba Windows 8, Windows 7 pun takpe. Pilihan masing-masing.


6. Pastikan pilihan anda untuk dimuat turun. Sekali lagi, semak betul-betul versi Windows anda sebelum muat turun. Dan paling penting, sila tengok dan semak status eligible anda sebelum download.


7. Gambar atas, aku dah download Windows 8 Pro 64-bit (English) - DreamSpark. 

#Jika status anda "Not Eligible", sila rujuk bahagian [Status "Not Eligible"] di bawah.



8. Kemudian, setelah anda selesai membeli belah, anda akan mendapat resit rasmi. Anda boleh membuat pilihan untuk memuat turun ISO Windows 8 lain kali (internet lembab punya pasal), cuma kena pastikan product key untuk Windows 8 itu disimpan dengan selamat. 

Lihat, kos pembelian yang tertera. $0.00. Amacam?



9. Jika anda berhajat untuk memuat turun ISO, sila klik pada link Start Download, dan sila ikut arahan yang tertera. Tunggu dan lihat sampai muat turun anda siap pagi esok (bergantung pada kelajuan Internet anda).




10. Apabila selesai, pastikan file itu berformat .ZIP atau .ISO. Jika anda mendapat format .SDC, ia bererti muat turun anda tidak lengkap dan anda perlu menunggu sehingga muat turun selesai. Jikalau jadi jugak, sila muat turun lagi sekali.
Terima kasih kepada Raja Norzaharman Raja Sahadan untuk pembetulan maklumat.  



11. Dah install, macam biasa, buat macam komputer sendiri. Update pun senang tak payah pikir susah. Salah satu nikmat apabila dapat pakai Windows ori dengan harga yang tak payah bayar. 

STATUS "NOT ELIGIBLE" @ AKAUN ANDA EXPIRED


1. Emelkan permasalahan anda berkenaan status "not eligible" itu kepada msdnaa@iium.edu.my. Sila nyatakan nama, nombor matrix dan sertakan akaun live anda untuk memudahkan kerja-kerja admin Microsoft Dreamspark seterusnya.


2. Tunggu untuk beberapa jam/sehari ikut mood admin. Mohon bersabar menunggu permintaan anda diproses. Kalau laju, maka screenshot macam di atas ini (lebih kuranglah) adalah jawapan kepada emel anda berkenaan status tadi. 

Maka dengan rasminya, akaun anda telah diaktifkan dan anda boleh meneruskan pembelian (yang free itu) dan memuat turun Windows 8 secara sah. Kata laluan yang tertera sebenarnya takde kaitan pun. Masukkan saja kata laluan yang asal, dan kemudian rujuk kembali panduan nombor tiga di atas.

Untuk mereka yang nak format laptop/PC sendiri, anda boleh download tutorial daripada Jomphp.com di [sini]

Boleh rujuk cara memasang Windows 8 di [sini]. Kredit kepada SembangKomputer.com

Senarai panduan boleh didapati di [sini]. Kredit kepada JomPHP.com

Kredit: IIUM Online. aku tak ingat siapa yang suggestkan perihal emel tu, tapi disebabkan komen beliau, aku dah berjaya dapatkan balik status mengaktifkan akaun yang expired tu, mudah-mudahan beliau dikurniakan umur yang berkat, Ameen!

P/s: Mohon baca sampai habis. Kalau ada apa² yang terkurang atau ada istilah yang kurang difahami, mohon maaf dari pihak penulis. Selamat menikmati Windows 8 anda!

Disclaimer lagi sekali: Harap Maklum. Mulai saat ini, pemilik blog ini tidak menyediakan khidmat perkongsian ISO Windows 8 disebabkan sibuk dengan sesi klinikal. Sila muat turun sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...